Mari Istighfar

Tuesday, January 4, 2011

RON97 : Barang Naik oh Barang Naik!!!



Harga petrol RON97 naik lagi.

Pandai kerajaan 1 Malaysia buat penyelarasan harga minyak awal tahun ni.. terpaksa kot.
sikit-sikit,pelan-pelan naikkan bagi orang tak rasa sangat dengan kenaikan minyak tu.

Bagi orang kaya memang tak dak masalah. "Aku Kaya"
golongan sederhana banyak mengeluh, kritik..
golongan miskin, "huh mana nak cari duit lagi.."
Golongan Mahasiswa... "Naikkanlah biasiswa/PTPTN sama.. baru fair..hehe,"

sekupang, lima duit, lima belas duit.. memang nampak sikit..
ala.. naik sekupang je pun .. sekupang pun kalau kumpui 356 hari dah dapat RM 365.00


Menurut sumber dari Malaysiakini harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.


Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Monday, January 3, 2011

Perlukah Sambutan di Ambang Tahun Baru 2011?


Jawapannya mudah, tak payah sambut pun takpa. Hendonisme yang melampau, dihidangkan dengan konsert dari artis2 yang menjolok mata, pergaulan bebas, pesta zina dll.. Dunia..oh Dunia.. Yang penting kita semua tahu sekarang ini kita berada di tahun baru 2011. Kalender pun baru..

Bagi saya cukuplah sekadar kita mengetahui setiap tahun perkara yang sama akan berlaku :

1. Umur semakin meningkat
2. Dosa bertambah @ berkurang
3. Amalan bertambah @ berkurang
4. Kerja dan tanggungjawab semakin banyak
5. Ilmu dan kemahiran semakin meluas
6. Pemikiran semakin matang

Dan....

Yang paling menginsafkan, kita semakin dekat dengan detik2 kematian.. Wallahua'lam.


Tengok pertunjukan bunga api yang best...

Sejarah Tahun Baru Masihi


Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, ia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ketujuh SM. Dalam mendesaign kalender baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang-orang Mesir. Satu tahun dalam penanggalan baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teoritis bisa menghindari penyimpangan dalam kalender baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau Juli. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Kaisar Augustus, menjadi bulan Agustus.


ANTARA KEROSAKAN SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU

1. Merayakan tahun baru beerti merayakan perayaan yang Haram

2. Merayakan tahun baru beerti meniru-niru (Tasyabbuh) orang kafir

3. Mereka-reka amalan yang tanpa tuntutan di malam tahun baru (Konsert)

4. Terjerumus ke kancah Penzinaan

5. Mengganggu ketenteraman awam (Bising)

6. Melakukan Pembaziran (Beli Mercun & Bunga Api)

7. Membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah

8. Meninggalkan solat lima waktu (Maghrib, Isyak, Subuh)


Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Azam lama @ baru, perancangan dan perlaksanaan penting bagi mencapai matlamat yang diinginkan dalam tempoh 12 bulan.