بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد:
Assalamualikum Warahmatullahi Wa Barakatuh,
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang telah memberi tawfiq dan hidayah kepada saya sehingga dapat menghasilkan sebuah blog yang di beri nama ‘Perjuangan Hakiki’. Penentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu lumrah di dalam kehidupan manusia. Setiap saat dan masa pasti menyaksikan wujudnya penentang-penentang kebenaran. Maka lahirlah perjuangan dalam menegakkan kebenaran tersebut berasaskan aqidah yang sebenar.
Biarpun terpaksa mengharungi beberapa kesukaran dan rintangan dalam keterbatasan waktu yang sentiasa mencemburui, namun saya jadikan semua itu sebagai jihad dalam mengharungi liku-liku perjuangan demi membantu meningkatkan thaqafah umat islam khususnya mahasiswa bagi memartabatkan disiplin ilmu. Fokus utama ialah untuk mengembalikan semula kegemilangan ummah menerusi pembinaan awal individu berasaskan keilmuan dan akhlak islam yang mengikut acuan al-Quran dan Sunnah.
Insyaallah, di dalam blog saya ini, sedikit sebanyak dapat kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pendapat mengenai isu-isu semasa tidak kira dari segi pendidikan, sosial, ekonomi mahupun politik. Semua ini sebagai satu persediaan kita menghadapi segala cabaran perjalanan hidup di era globalisasi.
Sebagai seorang insan yang lemah, saya yakin dan percaya bahawa blog ini tidak sunyi dari kelemahan-kelemahan yang mungkin boleh diperbaiki. Segala kritikan yang membina sahaja dialu-alukan bagi memastikan kelancaran penulisan atau karya saya di dalam blog ini.
Akhir kalam, blog ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pengunjung-pengunjung yang inginkan perubahan dan sebagai suatu sumbangan saya dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan di kalangan ummah. Segala yang baik adalah daripada Allah S.W.T dan yang lemah dan kekurangan itu adalah daripada diri saya yang masih memerlukan tarbiyah, bimbingan dan teguran yang membina.
WalluhuA’lam…
0 ulasan:
Post a Comment