Abdullah bin Masu'd adalah seorang sahabat yang juga murid setia Rasulullah SAW sentiasa berada di sisi Rasulullah di mana jua Nabi berada. Abdullah bin Mas'ud mencatit dan meneliti segala ucapan serta mengambil pengajaran dari setiap perbuatan Rasulullah SAW. Demikianlah caranya Ibnu Mas'ud menimba ilmu pengetahuan.
Suatu ketika Abdullah bin Mas'ud melihat Rasulullah sedang baring, apabila Nabi bangun dari tempat pembaringannya, Abdullah bin Mas'ud terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang Nabi, ini disebabkan tikar alas tidur nabi diperbuat dari daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amatlah ketara. Timbullah rasa belas kasihan di hati Abdullah bin Mas'ud.
Berkata Ibnu Mas'ud : " Ya Rasulullah sekiranya kamu perintah aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut, nescaya aku akan berusaha mendapatkannya."
Tetapi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."
Hadis Nabi SAW itu adalah suatu peringatan terhadap manusia, bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yang abadi di akhirat kelak.
Contoh yang diberi oleh Nabi tentang kehidupan di dunia ini amat mudah difahami. Meskipun Nabi menyebut ibarat singgah sejenak berteduh di bawah pohon yang rendang, tetapi kadang kala manusia menjadi asyik dan terlena, apatah lagi jika pohon tempat berteduh itu sedang berbuah lebat dan ranum. Berehat sambil makan buah-buahan yang segar serta hembusan bayu yang nyaman sungguh mengasyikkan..
Masa yang sangat singkat itu adalah suatu kesempatan yang mesti dihargai. Jika kesempatan itu tidak diisi sepenuhnya untuk menyediakan bekalan, kerana dilalaikan oleh kenikmatan dunia, maka kesempatan kedua tidak akan ada lagi. Manusia yang dilalaikan dengan kehidupan dunia akan menghadapi penyesalan yang tidak berkesudahan.
Al-Quran telah menggambarkannya di dalam surah As-Sajadah ayat 12
Yang bermaksud :
"Ya tuhan kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami di dunia. Kami akan mengerjakan amal yang soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
Demikianlah ayat yang menggambarkan sesalan orang-orang yang lalai akan peranan mereka dihidupkan di dunia. Mereka cuba memohon kepada tuhan dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal yang soleh, selepas mereka melihat dengan mata kepala sendiri tentang kebenaran hari akhirat, seperti yang dikhabarkan oleh para rasul semasa di dunia dahulu.
'Ad-Dunya Darul Amal, Wal- Akhiratu Darul Jaza'. Dunia sebagai gelanggang melakukan amal dan segala gerak kerja islam sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, sementara akhirat itu pula adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini terlalai dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat.