Mari Istighfar

Sunday, November 1, 2009

1Malaysia : Sekolah satu Aliran

Perlukah sekolah satu aliran????


Rentetan dari cadangan sekolah satu aliran yang dikemukakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim baru-baru ini bagi merealisasikan matlamat 1Malaysia telah mengundang reaksi pelbagai pihak tidak kira para pemimpin politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia sendiri.

Tujuannya adalah untuk memupuk kesejahteraan dan perpaduan antara kaum.

Namum, MIC dan MCA menentang cadangan tersebut dengan menyatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada tidak menghalang usaha kea rah mewujudkan perpaduan nasional.

Di antara padangan dan pendapat mengenai sekolah satu aliran ini :

"Kita hanya akan mengubah dasar (kepada satu aliran) berdasarkan kehendak masyarakat kita. Jika masyarakat bersedia buat perubahan, kita akan ubah dan selagi mereka tidak bersedia, kita akan kekalkan seperti sedia ada."

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

"Saya menyokong penuh sekolah sebegini tetapi ia perlu memastikan identiti mana-mana kaum tidak terpadam dengan pelaksanaannya."

STEPHEN DOSS (PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA MALAYSIA)

"Sekolah-sekolah vernakular sudah tidak lagi releven kerana kita telah lama merdeka, kalau dahulu memang hubungan antara kaum sedikit goyah akibat dasar pecah dan perintah British. Mahukah kita terus terperangkap dengan system pecah dan perintah ini sehingga jejaskan integrasi kaum?"

MUHAMMAD RAZAK IDRIS (PRESIDEN ABIM)

“Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.”

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (TIMBALAN PERDANA MENTERI)

Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong), Chow Siew Hon, berkata cadangan itu tidak boleh diterima kerana setiap bangsa di negara ini mempunyai warisan kebudayaan, termasuk bahasa ibunda yang perlu dipertahankan menerusi pendidikan asas.

Prof Diraja Ungku Aziz pula berkata, cadangan untuk memenuhi agenda perpaduan itu sukar direalisasikan kerana akan mendapat tentangan berterusan pihak yang mahu mempertahankan warisan budaya kaum mereka.

Jadi, sejauh manakah dasar sekolah satu aliran ini mampu mengeratkan perpaduan rakyat Malaysia? Diharapkan semua pihak membuat kajian lebih mendalam, duduk berbincang dan dapat menyuarakan pandangan mengenai soal yang melibatkan isu pendidikan ini. Justeru, para pemimpin politik dan kaum perlu ikhlas memandang ke hadapan bagi memastikan kemakmuran negara pada masa akan datang.

Di pihak kerajaan 1Malaysia pula janganlah terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan tanpa mempedulikan suara kecil rakyat. Ingatlah!!! slogan anda "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Tiada gunanya dasar sekolah satu aliran diperkenalkan jika akhirnya ia boleh mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

0 ulasan: