Mari Istighfar

Sunday, January 24, 2010

KEEP ON CHANGE


Tugas Getir Menanti

1. Bahang pilihanraya kampus semakin terasa. Setahun sudah berlalu pemerintahan PRO-MAHASISWA di kampus Universiti Malaya. Perubahan yang dilakukan seiring dengan kata-kata keramat mereka "HOPE & CHANGE" YES WE CAN!!!.

2.
Tahniah diucapkan di atas segala kejayaan MPMUM mentadbir kampus. Mandat yang diberikan selama setahun bagi saya tidak cukup. Justeru, kita mengharapkan diberi peluang sekali lagi untuk menjadi front @ pemimpin mahasiswa.

3. Esok, 25 Januari 2010, proses penamaan calon bermula. Semboyan Jihad akan dibunyikan oleh 'Panglima perang' menandakan pilihanrya kampus bermula walaupun pada hari kuliah. Namun tidak menjadi penghalang kepada bakal-bakal pemimpin mahasiswa yang akan meneruskan agenda perubahan untuk sama-sama berusaha mengekalkan kemenangan.

4. Sistem E-Undi akan digunakan dalam pilihanraya sesi ini. Sebelum ini, Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) telah mengemukan bantahan demi bantahan. Namun perlaksanaan E-Undi tetap diteruskan. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab lebih telus dan adil serta bersikap profesional dalam mengendalikan sistem ini.

5. Kemuncaknya akan dirasai pada malam 28 januari ini, apabila diumumkan keputusan pilihanraya kampus bagi sesi 2009/2010.

6. Jika pengundi-pengundi memberikan mandat kepada kumpulan PRO-MAHASISWA sekali lagi, kami akan merealisasikan hak-hak mahasiswa bagi meneruskan agenda perubahan.

7. BERSAMA MENERUSKAN AGENDA PERUBAHAN. KEEP ON CHANGE!!!!


0 ulasan: