Mari Istighfar

Saturday, July 30, 2011

Marhaban Ya Ramadhan al-Kareem


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Masa berlalu dengan begitu pantas, Alhamdulillah akhirnya kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan, keberkatan dan keampunan.

Matlamat kita di dalam bulan puasa ini mesti jelas iaitu TAQWA.

Apa itu TAQWA?

Makna TAQWA secara mudah difahami ialah melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Iaitu menjadi orang yang patuh dan taat dengan segala perintah Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Semoga Ramadhan kali ini kita bermula dan berakhir dengan cemerlang dan mencapai matlamat TAQWA. Ayuh kita perbaiki diri, puasa sempurna, tingkatkan amalan sunat, banyakkan membaca al-Quran, hayati dan fahami serta beramal dengan ayat-ayat al-Quran, banyakkan qiamulail, zikir, taraweh yang berkualiti, menjauhi segala maksiat, tidur yang dianggap ibadah dan paling penting mengharapkan pahala dan keberkatan dari Allah agar dihapuskan dosa-dosa yang lampau. Insya Allah.

0 ulasan: