Mari Istighfar

Thursday, August 4, 2011

السَحُور


"عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "تسحروا فإن في السحور بركة
رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : "Makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya di dalam makanan sahur itu terdapat keberkatan"

Keutamaan Makanan Sahur.

1. Mengerjakan dan mencontohi Sunnah Rasulullah SAW
2. Perbezaan dengan ahli kitab berdasarkan hadis

(عمرو بن العاص عن النبي صلى الله عليه وسلم ( فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر
أخرجه مسلم
maksudnya : (Beza antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur)

3. Menguatkan badan dan kekuatan orang yang berpuasa dalam melaksanakan ibadah
4. Waktu di mana doa seseorang dimakbulkan. Banyakkan zikir dan berdoa serta dimanfaatkan waktu sahur untuk menambah solat sunat.

5. Allah dan Malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.

Dari Abu Sa’id Al Khudri dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam,

Makanan sahur adalah makanan yang barakah maka janganlah kalian meninggalkannya, walaupun seorang dari kalian hanya sahur dengan meneguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur”.
(HR. Imam Ahmad)

6.Melambatkan waktu makan sahur sehingga akhir waktu sahur iaitu sejurus masuk fajar sodiq (Subuh).

Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhuma beliau berkata,

“Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami berdiri untuk mengerjakan solat.” Anas berkata, “Aku berkata kepada Zaid, ‘Berapa jarak waktu antara azan dan sahur?’ Zaid menjawab, ‘Kira-kira 50 ayat’”
(Muttafaqun ‘alaih)

Gunakanlah peluang ramadhan kali ini, untuk sama-sama kita manfaatkan keberkatan makan sahur. Bangun malam dan makanlah sahur walaupun dengan sebiji kurma kerana berdasarkan sabda Nabi SAW :

“Makanan sahur yang paling nikmat bagi seorang mukmin, adalah kurma”
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Hibban)

Penaja rasmi kurma ketika sahur dan berbuka puasa :-)

0 ulasan: