Mari Istighfar

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Saya Engku Afizi Bin Engku Halim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Maafkan salah & silap, mohon keampunan sekirannya berlaku kekhilafan atau perselisihan di antara kita.
Semoga peninggalan Ramadhan kali ini memberi manfaat kepada kita setelah berjaya melaksanakannya dengan sempurna.
Mudah-mudahan dengan kemaafan di bulan Syawal ini memberi 1001 makna dan rahmat kepada kita dalam berukhwah. Isilah kemenangan ini dengan ketaqwaan kepada Allah dan saling bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi sesama insan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Tinggal Ramadhan


Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan terasa ibarat sekelip mata berlalu. Patut la ada di kalangan sahabat Nabi yang sungguh terasa pemergiaan bulan ramadhan ini, malah Nabi Muhammad SAW sendiri berduka apabila ramadhan meninggalkannya. Jika direnung dan diimbas kembali sepanjang berada di dalam bulan rahmat ini, terasa diri ini belum cukup mencapai tahap TAQWA yang sebenar sepertimana yang diingini dan dicari oleh orang-orang yang beriman. Mana tidaknya, bulan yang seakan menarik tangan kita mengajak untuk mendekatkan diri kepada Ilahi meninggalkan kita tanpa menunggu dan menghiraukan manusia yang lalai dan leka.

Alangkah indahnya Ramadhan tahun ini kerana banyak sekali kenangan-kenangan indah dan pengalaman-pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang ramadhan. Masjid-masjid di sekitar KL dan PJ sudah banyak kujelajahi dan iktikaf di dalamnya. Bukan semata-mata untuk berbuka puasa tetapi untuk mencari keredhaaNya. Hanya di bulan yang suci inilah terlalu ramai hamba-hamba Allah ini mengunjungi rumah Allah semata-mata untuk mempertingkatkan amal ibadah. Ukhwah yang sudah terjalin selama ini bersama sahabat-sahabat berputik kembali dan lebih mengeratkan ukhwah sesama kami ketika iftor, sahur dan sembahyang terawih bersama-sama.

Terfikir sejenak difikiranku, adakah ini Ramadhan terakhir bagiku.??Mudah-mudahan setiap amalan kita di bulan Ramadahan diterima oleh Allah. Semoga Allah SWT berkenan mempertemukan kita kembali , dengan Ramadhan di tahun yang akan datang. Amin....

Ayuh sahabat-sahabat sekalian kita buat postmoterm Ramadhan yang sudah pergi meninggalkan kita. Raikanlah Syawal dengan kesyukuran dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Inilah kemenangan bagi orang-orang yang berpuasa dan berjaya mencapai martabat taqwa. Takbir!!!!

Sekian.