Mari Istighfar

Saturday, February 27, 2010

Forum Syurga Mahasiswa


1. Pada hari khamis yang lalu, saya dan rakan-rakan yang lain sempat untuk menyaksikan suatu forum anjuran Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (PERMADAH). Forum Ilmiah tersebut bertajuk 'Mahasiswa Optimis'.

2. Tahniah diucapkan kerana berjaya melaksanakan forum tersebut dan berjaya menjemput ahli panel yang hebat,mantap dan terkenal seperti Prof Izi Hot Fm dan saudara Amin Idris.

3. Banyak perkara-perkara penting berkaitan dengan isu mahasiswa dikupas oleh kedua-dua ahli panel. Realiti semasa mahasiswa serta masalah sosial yang berlaku dikalangan mahasiwa abad ini. Program-program motivasi beginilah perlu dihidangkan kepada siswa siswi agar mereka dapat mengenal diri dan potensi yang ada pada diri mereka.

4. Kaedah yang digunakan oleh kedua-dua ahli panel dalam menyampaikan motivasi kepada pelajar yang hadir sangat memukau dan menarik minat sesiapa saja yang mendengarnya. Dengan berkongsi pelbagai cerita serta pengalaman yang menarik, juga diselitkan lawak jenaka membuatkan suasana auditorium menjadi hura-hara dibuatnya dengan gelak tawa hadirin yang hadir. Memang Best!!!!

5. Segala nasihat yang disampaikan serta beberapa tips penting yang diberikan, mudah-mudahan dapat kita mengambil ikhtibar dan manfaat darinya. Bak kata Prof Izi ' renung-renungkan.. dan selamat beramal.."