Mari Istighfar

Saturday, May 30, 2009

Barcelona JUARA


Keputusan Rasmi setelah 90 minit berlalu.
Barcelona telah berjaya mengalahkan Manchester United 2-0.

Maka, lengkaplah sudah ketiga-tiga kejuaraan milik Barcelona... Juara Treble tu...( dah macam pasukan KEDAH pulak..hehehe,)

Memang saya dah menjangkakan Barcelona boleh menang perlawanan tu, tambah-tambah pulak aksi pasukan MU mcm serba tak kena ja.. banyak buat silap.. Awai2 ja tunjuk garang, lepas Eto'o dah sumbat sebijik, mula la kalut., Lps tu separuh masa kedua pulak, Messi tanduk bola hantaran Xavi, menderita terus MU nk cari gol balik selepas ketinggalan 2 gol.huhuhu. Biasa la, adat perlawanan, ada kalah ada yang menang.. Yang menang mestilah Barca kan..hehehe,

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Barca kerana mengungguli kejuaraan Champions League bagi sesi 08/09. Pulun lagi, bagi menang pulak tahun depan..

Penyokong Barcelona

Monday, May 18, 2009

JUARA DI ANTARA JUARA-JUARA


FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH 08/09


MANCHESTER UNITED VS BARCELONA




Pasukan manakah yang akan merampas pula kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada 27 Mei ini???

Walaupun ketika ini, persaingan Liga Perdana England belum lagi menutup tirainya, namun MU telah bergelar sebagai JUARA EPL musim ini buat kali ketiga berturut-turut.

Pasukan MU meraikan kejayaan selepas menundukkan Arsenal di Old Trafford


Begitu juga dengan JUARA Liga Sepanyol bagi musim ini, Barcelona, selepas pasukan itu dinobatkan sebagai juara liga kelmarin, apabila pesaing terdekatnya, Real Madrid tumpas kepada Villarreal.

Pasukan Barcelona meraikan kejayaan sebagai Juara Liga Sepanyol


Kedua-dua pasukan ini memang kuat dan sama hebat, tetapi salah satu pasukan sahaja yang akan mengenggam piala LIGA JUARA-JUARA musim ini. Pastinya, perlawanan ini dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak dunia dan akan menjadi perlawanan yang menarik dan sengit dalam saingan bola sepak pada tahun ini.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Tiap2 tahun, bila tiba je tarikh keramat 16 mei ni, seluruh Malaysia akan sambut Hari Guru. Begitulah situasi yang menggambarkan jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak muridnya dikenang, dihargai dan diberi penghormatan. Tema Hari Guru pada kali ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa."

Sedar tak sedar, aku juga merupakan salah satu produk keluaran hasil dari titik peluh guru-guru, ustaz dan ustazahku yang cekal dan tabah mendidik,membimbing dan mentarbiyah diriku ini sehinggalah menjadi insan yang berguna seperti sekarang. Bagiku, inilah kejayaan yang paling besar dan bermakna bagi seorang guru apabila melihat pelajarnya berjaya di dalam kehidupan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Walaubagaimanapun, aku juga bakal menjadi seorang pendidik kelak, dan Insya Allah, selepas habis menamatkan pengajianku ini, aku akan berada ditempat mereka pula dan bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa di zaman yang kian mencabar ini.

Selamat Hari Guru diucapakan kepada semua guru-guruku yang pernah mengajarku suatu ketika dahulu. Bermula dari tadika, sekolah rendah, menengah sehinggalah yang mengajarku sekarang, terdetik dilubuk hatiku bahawa tanpa mereka siapalah aku. Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku. Inilah yang dikatakan keberkatan di dalam menuntut ilmu.

Syukran Ya Ustaz, Syukran Ya Ustazah.....







RINTIHAN SEORANG HAMBA



Friday, May 15, 2009

Kata Pengantar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد:

Assalamualikum Warahmatullahi Wa Barakatuh,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang telah memberi tawfiq dan hidayah kepada saya sehingga dapat menghasilkan sebuah blog yang di beri nama ‘Perjuangan Hakiki’. Penentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu lumrah di dalam kehidupan manusia. Setiap saat dan masa pasti menyaksikan wujudnya penentang-penentang kebenaran. Maka lahirlah perjuangan dalam menegakkan kebenaran tersebut berasaskan aqidah yang sebenar.

Biarpun terpaksa mengharungi beberapa kesukaran dan rintangan dalam keterbatasan waktu yang sentiasa mencemburui, namun saya jadikan semua itu sebagai jihad dalam mengharungi liku-liku perjuangan demi membantu meningkatkan thaqafah umat islam khususnya mahasiswa bagi memartabatkan disiplin ilmu. Fokus utama ialah untuk mengembalikan semula kegemilangan ummah menerusi pembinaan awal individu berasaskan keilmuan dan akhlak islam yang mengikut acuan al-Quran dan Sunnah.

Insyaallah, di dalam blog saya ini, sedikit sebanyak dapat kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pendapat mengenai isu-isu semasa tidak kira dari segi pendidikan, sosial, ekonomi mahupun politik. Semua ini sebagai satu persediaan kita menghadapi segala cabaran perjalanan hidup di era globalisasi.

Sebagai seorang insan yang lemah, saya yakin dan percaya bahawa blog ini tidak sunyi dari kelemahan-kelemahan yang mungkin boleh diperbaiki. Segala kritikan yang membina sahaja dialu-alukan bagi memastikan kelancaran penulisan atau karya saya di dalam blog ini.

Akhir kalam, blog ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pengunjung-pengunjung yang inginkan perubahan dan sebagai suatu sumbangan saya dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan di kalangan ummah. Segala yang baik adalah daripada Allah S.W.T dan yang lemah dan kekurangan itu adalah daripada diri saya yang masih memerlukan tarbiyah, bimbingan dan teguran yang membina.

WalluhuA’lam…