Mari Istighfar

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Tiap2 tahun, bila tiba je tarikh keramat 16 mei ni, seluruh Malaysia akan sambut Hari Guru. Begitulah situasi yang menggambarkan jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak muridnya dikenang, dihargai dan diberi penghormatan. Tema Hari Guru pada kali ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa."

Sedar tak sedar, aku juga merupakan salah satu produk keluaran hasil dari titik peluh guru-guru, ustaz dan ustazahku yang cekal dan tabah mendidik,membimbing dan mentarbiyah diriku ini sehinggalah menjadi insan yang berguna seperti sekarang. Bagiku, inilah kejayaan yang paling besar dan bermakna bagi seorang guru apabila melihat pelajarnya berjaya di dalam kehidupan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Walaubagaimanapun, aku juga bakal menjadi seorang pendidik kelak, dan Insya Allah, selepas habis menamatkan pengajianku ini, aku akan berada ditempat mereka pula dan bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa di zaman yang kian mencabar ini.

Selamat Hari Guru diucapakan kepada semua guru-guruku yang pernah mengajarku suatu ketika dahulu. Bermula dari tadika, sekolah rendah, menengah sehinggalah yang mengajarku sekarang, terdetik dilubuk hatiku bahawa tanpa mereka siapalah aku. Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku. Inilah yang dikatakan keberkatan di dalam menuntut ilmu.

Syukran Ya Ustaz, Syukran Ya Ustazah.....







0 ulasan: