Mari Istighfar

Sunday, November 8, 2009

Apabila Rusa Membaham Kijang

Mana mungkin rusa boleh membaham dan meratah sang kijang...mustahil bukan??fikir-fikirkan...


Aksi Final Piala Malaysia 2009 di antara Kelantan dan Negeri Sembilan berakhir dengan pasukan N9 berjaya menewaskan skuad Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. The Red Warriors terpaksa akur dengan kehebatan permainan yang dipamerkan oleh pasukan N9. HOBEN JANG HOBEN!!!

Kemenangan N9 ini merupakan hadiah paling berharga buat Yang Di Pertuan Besar N9 Tuanku Mukhriz yang baru ditabalkan beberapa minggu yang lalu. Sejarah Bola Sepak N9 telah pun tercipta dengan membawa pulang Piala Malaysia akan dikenang oleh peminat2 bolasepak N9.
Namun, sikap yang ditunjukkan oleh penyokong kelantan amatlah mengecewakan. Permainan dicemari dengan balingan-balingan botol, mercun, dan batu ke arah padang serta beberapa kebakaran kecil kerusi penonton.

gambar ihsan Biaqpila

Tuesday, November 3, 2009

Bro-MC '09

ASSALAMUALAIKUM

Inginkan pembentukan diri yang unggul dan pengalaman yang tak dapat dilupakan???

Ayuh!!! luangkan sedikit masa anda untuk menyertai Bro-MC '09
Pelbagai aktiviti menarik disajikan khas untuk anda. Semua ini adalah untuk membentuk peribadi muslim yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan intelek mahasiswa.

Yang paling penting Ukhuwah akan terjalin dikalangan mahasiswa Islam.

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA

Brotherhood of Muslim Camp 2009
Tarikh : 22 November 2009 - 24 November 2009

Tempat :Kem Sri Raudah,Gombak
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Bayaran : RM25.00
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil


Pendaftaran untuk bro MC dibuka sekarang sehingga 21 November 2009.Anda boleh berhubung dengan :

1. Zulkornain (Pengarah) 019-4580587
2. Mashitah Sakinah (Tim.pengarah) 013-2220835
3. Maisarah (Perhubungan awam) 013-9670493
4. Safwan (Perhubungan awam) 014-8408219

Sms nama,fakulti,alamat semasa,ic,no matrik anda atau emel ke BroMC09@gmail.com

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI BLOG
BROTHERHOOD OF MUSLIM CAMP 2009

"Ukhuwah Membentuk Kesatuan Ummah"

Sunday, November 1, 2009

1Malaysia : Sekolah satu Aliran

Perlukah sekolah satu aliran????


Rentetan dari cadangan sekolah satu aliran yang dikemukakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim baru-baru ini bagi merealisasikan matlamat 1Malaysia telah mengundang reaksi pelbagai pihak tidak kira para pemimpin politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia sendiri.

Tujuannya adalah untuk memupuk kesejahteraan dan perpaduan antara kaum.

Namum, MIC dan MCA menentang cadangan tersebut dengan menyatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada tidak menghalang usaha kea rah mewujudkan perpaduan nasional.

Di antara padangan dan pendapat mengenai sekolah satu aliran ini :

"Kita hanya akan mengubah dasar (kepada satu aliran) berdasarkan kehendak masyarakat kita. Jika masyarakat bersedia buat perubahan, kita akan ubah dan selagi mereka tidak bersedia, kita akan kekalkan seperti sedia ada."

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

"Saya menyokong penuh sekolah sebegini tetapi ia perlu memastikan identiti mana-mana kaum tidak terpadam dengan pelaksanaannya."

STEPHEN DOSS (PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA MALAYSIA)

"Sekolah-sekolah vernakular sudah tidak lagi releven kerana kita telah lama merdeka, kalau dahulu memang hubungan antara kaum sedikit goyah akibat dasar pecah dan perintah British. Mahukah kita terus terperangkap dengan system pecah dan perintah ini sehingga jejaskan integrasi kaum?"

MUHAMMAD RAZAK IDRIS (PRESIDEN ABIM)

“Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.”

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (TIMBALAN PERDANA MENTERI)

Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong), Chow Siew Hon, berkata cadangan itu tidak boleh diterima kerana setiap bangsa di negara ini mempunyai warisan kebudayaan, termasuk bahasa ibunda yang perlu dipertahankan menerusi pendidikan asas.

Prof Diraja Ungku Aziz pula berkata, cadangan untuk memenuhi agenda perpaduan itu sukar direalisasikan kerana akan mendapat tentangan berterusan pihak yang mahu mempertahankan warisan budaya kaum mereka.

Jadi, sejauh manakah dasar sekolah satu aliran ini mampu mengeratkan perpaduan rakyat Malaysia? Diharapkan semua pihak membuat kajian lebih mendalam, duduk berbincang dan dapat menyuarakan pandangan mengenai soal yang melibatkan isu pendidikan ini. Justeru, para pemimpin politik dan kaum perlu ikhlas memandang ke hadapan bagi memastikan kemakmuran negara pada masa akan datang.

Di pihak kerajaan 1Malaysia pula janganlah terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan tanpa mempedulikan suara kecil rakyat. Ingatlah!!! slogan anda "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Tiada gunanya dasar sekolah satu aliran diperkenalkan jika akhirnya ia boleh mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum.