Mari Istighfar

Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI

SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMALAN KITA
SEPANJANG RAMADHAN YANG LALU.

"TAQABBALALLU MINNA WA MINKUM"

Tuesday, August 23, 2011

Pencarian Kesejahteraan Malam

Firman Allah SWT:
" Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan"
Surah al-Qadr :3

LAILATUL QADAR
Malam yang penuh dengan kemuliaan
Malam teristimewa
Malam terbaik diumpamakan beribadah seribu bulan
Malam manusia memerhati alam dan keindahan

KITA
tercari-cari di sepuluh malam terakhir Ramadhan
beribadah dengan khusyu'
beriktikaf di masjid
berdoa, bertaubat dan berzikir
mengharapkan keampunan
Anugerah terulung bagi hamba yang memperolehinya

MALAIKAT
Malaikat turun dengan izin Allah
mengatur segala urusan manusia

ISTIMEWA
Saat doa, taubat dan hajat dimakbulkan oleh Allah
seseorang itu akan menjadi lebih baik
akhlak, jiwa menjadi tenang dan
ibadah bertambah berlipat kali ganda
Allah menjanjikan ganjaran yang istimewa

HARAPAN
Jadilah hamba Allah yang sejati
Beribadahlah sepanjang masa
di setiap waktu dan keadaan
semoga bertemu LailatulQadar

"YA ALLAH, SESUNGGUHNYA DIKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN DAN AMAT SUKA MEMBERI AMPUN, MAKA BERILAH DAKU KEAMPUNAN"

AMIN...


Sunday, August 7, 2011

Hadis Nabi tentang Solat Terawih


Daripada Aishah Radiallahu Anha :

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ketika zaman pemerintahan Saiyidina Umar RA. Satu penyatuan dibuat dalam mengerjakan solat sunat terawih secara berjemaah agar tidak berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat.

Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang sembahyang seorang diri, ada pula yang sembahyang lalu diikuti oleh beberapa orang.

(Melihatkan yang demikian) Saiyidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya."


Kemudian ia mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab.

Setelah itu, saya mengiringi Saiyidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang sembahyang berimamkan imam mereka (yang tersebut).

(Melihatkan yang demikian) Saiyidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bid'ah yang baik ..."

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

Peringatan!!

Solat terawih yang sempurna dikerjakan dengan
1. TENANG
2. KHUSYU'
3. SEMPURNA
Semoga beroleh pahala dan keampunan dari Allah SWT
Beribadahlah mengikut kemampuan anda.


Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011


KUMPULAN A
KEDAH
PERAK
SABAH
JOHOR

KUMPULAN B
TERENGGANU
NEGERI SEMBILAN
PKNS FC
SIME DARBY

KUMPULAN C
KELANTAN
JOHOR FC
FELDA UNITED
SARAWAK

KUMPULAN D
SELANGOR
T-TEAM
KUALA LUMPUR
PDRM

SKUAD HIJAU KUNING

Musim lalu, perjuangan skuad hijau kuning dalam memburu Piala Malaysia terkandas setakat separuh akhir selepas dikecewakan Kelantan.

Prestasi Kedah dalam kedudukan liga agak memberangsangkan kerana menghuni tangga keempat terbaik musim 2011.

Mungkin pada saingan kali ini Kedah berpeluang untuk mengulangi kejayaan menjulang Piala Malaysia 2011.

Sama-sama kita nantikan...

Pulun Kedah Pulun!!!


Friday, August 5, 2011

6 Amalan berinteraksi dengan al-Quran

Allah berfirman :
(185)شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَان
Maksudnya : "Bulan Ramadhan, bulan didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara hak dan yang batil)"
surah al-Baqarah :185
Kemulian al-Quran terletak kepada hal yang berkaitan dengannya seperti apabila kita :
1. Membacanya
2. Mendengarkannya
3. Menghafaznya
4. Mentadabbur (Merenung, memikirkan, mengkajinya)
5. Mengamalkannya
6. Mendakwahkannya

Mari kita sama-sama menjadikan al-Quran sebagai teman kita yang rapat, yang sentiasa menunjukkan kepada kita jalan yang lurus, menegur kita jika melakukan kesalahan dan menjadi panduan dalam kehidupan kita.
Setiap masa di bulan Ramadhan perlulah diisi dengan berinteraksi bersama Al-Quran disamping menanamkan kecintaan kepada Al-Quran serta menggali pelbagai khazanah ilmu tentang isi kandungan Al-Quran. Mudah-mudahan kita beroleh pahala dan ilmu pengetahuan.

Thursday, August 4, 2011

السَحُور


"عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "تسحروا فإن في السحور بركة
رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : "Makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya di dalam makanan sahur itu terdapat keberkatan"

Keutamaan Makanan Sahur.

1. Mengerjakan dan mencontohi Sunnah Rasulullah SAW
2. Perbezaan dengan ahli kitab berdasarkan hadis

(عمرو بن العاص عن النبي صلى الله عليه وسلم ( فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر
أخرجه مسلم
maksudnya : (Beza antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur)

3. Menguatkan badan dan kekuatan orang yang berpuasa dalam melaksanakan ibadah
4. Waktu di mana doa seseorang dimakbulkan. Banyakkan zikir dan berdoa serta dimanfaatkan waktu sahur untuk menambah solat sunat.

5. Allah dan Malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.

Dari Abu Sa’id Al Khudri dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam,

Makanan sahur adalah makanan yang barakah maka janganlah kalian meninggalkannya, walaupun seorang dari kalian hanya sahur dengan meneguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur”.
(HR. Imam Ahmad)

6.Melambatkan waktu makan sahur sehingga akhir waktu sahur iaitu sejurus masuk fajar sodiq (Subuh).

Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhuma beliau berkata,

“Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami berdiri untuk mengerjakan solat.” Anas berkata, “Aku berkata kepada Zaid, ‘Berapa jarak waktu antara azan dan sahur?’ Zaid menjawab, ‘Kira-kira 50 ayat’”
(Muttafaqun ‘alaih)

Gunakanlah peluang ramadhan kali ini, untuk sama-sama kita manfaatkan keberkatan makan sahur. Bangun malam dan makanlah sahur walaupun dengan sebiji kurma kerana berdasarkan sabda Nabi SAW :

“Makanan sahur yang paling nikmat bagi seorang mukmin, adalah kurma”
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Hibban)

Penaja rasmi kurma ketika sahur dan berbuka puasa :-)

Monday, August 1, 2011

11 Amalan Ketika Berbuka Puasa


Ketika berbuka puasa sebenarnya terdapat pelbagai amalan yang membawa kepada kebaikan dan keberkatan. Namun seringkali kita lalai dan alpa. Hal yang utama yang sering dilupakan adalah do'a. Secara lebih mendalam, mari kita lihat sunnah-sunnah ketika berbuka puasa:

Pertama: Menyegerakan berbuka puasa.

Yang dimaksud menyegerakan berbuka puasa, bukan bererti kita berbuka s

ebelum waktunya. Namun yang dimaksudkan adalah ketika matahari telah terbenam atau kedengaran suara azan Maghrib berkumandang, maka segeralah berbuka. Dan tidak perlu sampai selesai azan atau selesai solat Maghrib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098)


Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib dan bukanlah menunggu sehingga solat Maghrib selesai dikerjakan. Inilah contoh dan akhlaq dari contoh tauladan kita Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّىَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rothb, maka baginda berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud no. 2356 dan Ahmad 3/164, hasan sahih)

Kedua: Berbuka dengan rothb, tamr atau seteguk air.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits Anas bin Malik di atas, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam sangat menyukai berbuka dengan rothb (kurma basah) kerana rothb amat sedap dinikmati. Namun kita jarang menemukan rothb di negeri kita kerana kurma yang sudah sampai ke negeri kita kebanyakan adalah kurma kering (tamr). Jika tidak ada rothb, barulah kita mencari tamr (kurma kering). Jika tidak ada kedua-dua kurma tersebut, maka kita boleh beralih ke makanan yang manis-manis sebagai pengganti. Kata ulama Syafi'iyah, ketika puasa penglihatan kita biasa berkurang, kurma itulah sebagai pemulihnya dan makanan manis itu semakna dengannya (Kifayatul Akhyar, 289). Jika tidak ada lagi, maka berbukalah dengan seteguk air. Inilah yang diisyaratkan dalam hadits Anas di atas.

Ketiga: Sebelum makan berbuka, ucapkanlah 'bismillah' agar tambah barokah.

Inilah yang ditunjukkan dalam Islam agar makan kita menjadi barokah, ertinya menuai kebaikan yang banyak.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِىَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِى أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

"Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta'ala (yaitu membaca 'bismillah'). Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta'ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”." (HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858, hasan sahih)

Dari Wahsyi bin Harb dari ayahnya dari saudaranya bahawa para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَأْكُلُ وَلاَ نَشْبَعُ. قَالَ « فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ ». قَالُوا نَعَمْ. قَالَ « فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ »

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang?" Beliau bersabda: "Kemungkinan kamu makan sendiri-sendiri." Mereka menjawab, "Ya." Beliau bersabda: "Hendaklah kamu makan secara bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kamu akan diberi berkah padanya." (HR. Abu Daud no. 3764, hasan). Hadits ini menunjukkan bahwa agar makan penuh keberkatan, maka ucapkanlah bismilah serta keberkatan boleh bertambah dengan makan berjama'ah (bersama-sama).

Keempat: Berdo'a ketika berbuka

Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَفْطَرَ قَالَ « ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ».

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ketika telah berbuka mengucapkan: 'Dzahabazh zhoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah (artinya: Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan insya Allah)'." (HR. Abu Daud no. 2357, hasan).

Do'a ini bukan bererti dibaca sebelum berbuka dan bukan bererti puasa itu baru batal ketika membaca do'a di atas. Ketika ingin makan, tetap membaca 'bismillah' sebagaimana ditunjukkan dalam penjelasan sebelumnya. Ketika berbuka, mulailah dengan membaca 'bismillah', lalu makanlah beberapa biji kurma, kemudian ucapkan do'a di atas 'dzahabazh zhoma-u ...'. Kerana do'a di atas sebagaimana makna tekstual dari "إِذَا أَفْطَرَ ", bererti ketika setelah berbuka.

Catatan: Adapun do’a berbuka, “Allahumma laka shumtu wa ‘ala rizqika afthortu (Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa dan kepada-Mu aku berbuka)” Do’a ini berasal dari hadits hadits dho’if (lemah). Begitu pula do’a berbuka, “Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa ‘ala rizqika afthortu” (Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa dan kepada-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka), Mula ‘Ali Al Qori mengatakan, “Tambahan “wa bika aamantu” adalah tambahan yang tidak diketahui sanadnya, walaupun makna do’a tersebut sahih. Sehingga cukup do’a sahih yang kami sebutkan di atas (dzahabazh zhomau …) yang hendaknya jadi pegangan dalam amalan.

Kelima: Berdo'a secara umum ketika berbuka.

Ketika berbuka adalah waktu mustajabnya do'a. Jadi janganlah seorang muslim melewatkannya. Manfaatkan ketika saat tersebut untuk berdo'a kepada Allah untuk urusan dunia dan akhirat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, sahih). Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya do’a kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 7: 194).

Keenam: Memberi makan berbuka.

Jika kita diberi kelebihan rezeki oleh Allah, manfaatkan waktu Ramadhan untuk perbanyakkan bersedekah, di antaranya adalah dengan memberi makan berbuka kerana pahalanya yang amat besar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, hasan sahih)

Ketujuh: Mendoakan orang yang memberi makan berbuka.

Ketika ada yang memberi kebaikan kepada kita, maka balaslah sepertimana ketika diberi makan berbuka. Jika kita tidak mampu membalas kebaikannya dengan memberi yang semisal, maka doakanlah ia. Dari 'Abdullah bin 'Umar, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ

"Barangsiapa yang memberi kebaikan untukmu, maka balaslah. Jika engkau tidak dapati sesuatu untuk membalas kebaikannya, maka do'akanlah ia sampai engkau yakin engkau telah membalas kebaikannya." (HR. Abu Daud no. 1672 dan Ibnu Hibban 8/199, shahih)

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى

“Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii” [Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku]" (HR. Muslim no. 2055)

Kelapan: Ketika berbuka puasa di rumah orang lain.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika diberikankan makanan oleh Sa’ad bin ‘Ubadah, beliau mengucapkan,

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ

Afthoro ‘indakumush shoo-imuuna wa akala tho’amakumul abroor wa shollat ‘alaikumul malaa-ikah [Orang-orang yang berpuasa berbuka di tempat kalian, orang-orang yang baik menyantap makanan kalian dan malaikat pun mendo’akan agar kalian mendapat rahmat].” (HR. Abu Daud no. 3854 dan Ibnu Majah no. 1747 dan Ahmad 3/118, shahih)

Kesembilan: Ketika menikmati susu saat berbuka.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَطْعَمَهُ اللَّهُ الطَّعَامَ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ. وَمَنْ سَقَاهُ اللَّهُ لَبَنًا فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

"Barang siapa yang Allah beri makan hendaknya ia berdoa: “Allaahumma baarik lanaa fiihi wa ath'imnaa khoiron minhu” (Ya Allah, berkatilah kami padanya dan berilah kami makan yang lebih baik darinya). Barang siapa yang Allah beri minum susu maka hendaknya ia berdoa: “Allaahumma baarik lanaa fiihi wa zidnaa minhu” (Ya Allah, berkatilah kami padanya dan tambahkanlah darinya). Rasulullah shallallahu wa 'alaihi wa sallam bersabda, "Tidak ada sesuatu yang boleh menggantikan makan dan minum selain susu." (HR. Tirmidzi no. 3455, Abu Daud no. 3730, Ibnu Majah no. 3322, hasan)

Kesepuluh: Minum dengan tiga nafas dan membaca 'bismillah'.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

كان يشرب في ثلاثة أنفاس إذا أدنى الإناء إلى فيه سمى الله تعالى وإذا أخره حمد الله تعالى يفعل ذلك ثلاث مرات

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa minum dengan tiga nafas. Jika wadah minuman didekati ke mulut beliau, beliau menyebut nama Allah Ta’ala. Jika selesai satu nafas, beliau bertahmid (memuji) Allah Ta’ala. Beliau lakukan seperti ini tiga kali.” (Shahih, As Silsilah Ash Shohihah no. 1277)

Kesebelas: Berdoa sesudah makan.

Di antara do’a yang sahih yang dapat diamalkan dan memiliki keutamaan luar biasa adalah do’a yang diajarkan dalam hadits berikut. Dari Mu’adz bin Anas, dari ayahnya ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَكَلَ طَعَامًا فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَطْعَمَنِى هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّى وَلاَ قُوَّةٍ. غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barang siapa yang makan makanan kemudian mengucapkan: “Alhamdulillaahilladzii ath'amanii haadzaa wa rozaqoniihi min ghairi haulin minnii wa laa quwwatin” (Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. Tirmidzi no. 3458, hasan)

Namun jika mencukupkan dengan ucapan “alhamdulillah” setelah makan juga dibolehkan berdasarkan hadits Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ لَيَرْضَى عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الأَكْلَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا

Sesungguhnya Allah Ta'ala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum” (HR. Muslim no. 2734) An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Jika seseorang mencukupkan dengan bacaan “alhamdulillah” saja, maka itu sudah dikatakan menjalankan sunnah.” (Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 17: 51)

Demikian beberapa amalan ketika berbuka puasa. Moga dengan tulisan artikel ini, kita dapat amalkan. Dan semoga bulan Ramadhan kita penuhi dengan kebaikan dan keberkatan. Wallahu a'lam.

Diambil dari

http://www.rumaysho.com/