Mari Istighfar

Tuesday, January 4, 2011

RON97 : Barang Naik oh Barang Naik!!!



Harga petrol RON97 naik lagi.

Pandai kerajaan 1 Malaysia buat penyelarasan harga minyak awal tahun ni.. terpaksa kot.
sikit-sikit,pelan-pelan naikkan bagi orang tak rasa sangat dengan kenaikan minyak tu.

Bagi orang kaya memang tak dak masalah. "Aku Kaya"
golongan sederhana banyak mengeluh, kritik..
golongan miskin, "huh mana nak cari duit lagi.."
Golongan Mahasiswa... "Naikkanlah biasiswa/PTPTN sama.. baru fair..hehe,"

sekupang, lima duit, lima belas duit.. memang nampak sikit..
ala.. naik sekupang je pun .. sekupang pun kalau kumpui 356 hari dah dapat RM 365.00


Menurut sumber dari Malaysiakini harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.


Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

0 ulasan: